Kelas Asas Microsoft Office (Powerpoint)

13 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 12 Januari 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Ict iaitu kelas MS Powerpoint dengan berfokuskan kepada penghasilan Poster menggunakan Ms Powerpoint. Kelas ini telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini adalah bertujuan untuk memantapkan kemahiran Ict dalam kalangan belia terutamanya dalam kalangan pelajar. Dalam kelas ini, para peserta telah diajar cara memanfaatkan Ms Powerpoint untuk menghasilkan poster yang bertemakan gaya hidup digital. Di samping itu, antara fungsi-fungsi butang yang diketengahkan dalam penghasilan poster pada kelas ini adalah seperti butang insert iaitu online picture, text box, jenis tulisan (Font), size tulisan dan sebagainya. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah ditayangkan video Klik Dengan Bijak iaitu Penipuan internet.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Ms Powerpoint
2. Latihan Menghasilkan Poster Gaya Hidup Digital
3. Tayangan Video KDB (Penipuan Internet)
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali